Want your
own Fotopage?






 
~Ape saje kisah yg aku mau citer..Utk tatapan Anak2ku kelak~



By: Rostam n Sallehah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
View complete fotopage

Friday, 25-Jul-2008 09:04 Email | Share | Bookmark
Doa Melembutkan Hati Anak / Suami / Isteri



Ayatnya berbunyi : Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz.

Tafsirnya: “ِAllah maha lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut aturan yang telah ditetapkan), dan Dialah yang maha kuat, lagi maha kuasa.”



Quote:
Dalam menangani karenah anak...aku ada cara nak share ngan kawan2..dan ianya juga sebagai ingatan kpd aku sampai bila2...almaklumlaaa..syahmi dah makin membesar dan byk karenahnya. Aku kena byk bersabar...

Doa memainkan peranan penting dalam pembentukan sebuah keluarga bahagia dan baiti jannati. Sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mendoakan kesejahteraan anak.
Semua kata-kata, keyakinan, doa, harapan dan impian ibu bapa adalah sebenarnya doa dan akan terkesan ke dalam jiwa anak. Doa mestilah disusuli dengan tindakan yang hikmah dalam cara kita membentuk peribadi anak.

Di sini, aku ingin berkongsi antara doa2 yang patut diamalkan dalam menangani kerenah anak sendiri.
Untuk membantu anak mudah belajar dan menelaah pelajaran, baca zikir Ya-Latif sebanyak 129 kali diikuti ayat 19, surah as-Syura bermaksud: “Allah Maha Lembut kepada hamba-Nya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dia kehendaki, dan Dialah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.”
Sebaiknya dibaca selepas Subuh iaitu dibaca pada pada air pada semua botol air untuk minuman dan masakan seisi keluarga.
Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa ayat 200, surah Ali Imran bermaksud: “Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertakwalah kepada Allah supaya kamu berjaya.”
Diikuti pula dengan memperbanyakkan zikir 'Ya Hayyu, Ya Quyyum, Ya Latiff dan Ya Rahman’ berulang-ulang. Semua ini insya-Allah adalah doa pelembut hati.
Begitu juga, Surah Toha ayat 1-8, surah ar-Rahman ayat 1-4 dan surah al-Insyirah dibaca dalam kegiatan lain seperti ketika menemani anak menelaah buku dan membaca al-Quran.
Bagi ibu yang bercita-cita mendapat zuriat yang baik, elok amalkan ayat 38, Surah Ali-Imran iaitu doa Nabi Zakaria bermaksud: “Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhan-Nya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. ”
Kita juga digalakkan menyentuh dengan lembut ubun-ubun anak dengan tangan kanan sambil berdoa dan menyatakan harapan. Amalkan apabila anak ada masalah emosi atau tingkah laku.
Selepas solat lima waktu,amalkand oa daripada ayat 74, Surah al-Furqan bermaksud: “Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh daripada isteri-isteri dan zuriat keturunan kami perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang yang (mahu) bertakwa.”
Ayat 40, Surah Ibrahim bermaksud: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang, dan zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doaku.”

Jadikanlah doa cara berkesan membentuk peribadi anak-anak. Doa itu senjata mukmin.

Saya ingin tahu apakah doa diatas doa sepenuhnya. Maaf saya ni tak pandai membaca tulisan al quran
Sun 25-Jan-2009 11:08
Posted by:Roszee
iyer doa sepenuhnya..doa melembutkan hati..ayatnya berbunyi.."Alla hu latifum bi'ibadihi, yar zuqumay..ya sha... wahuwal qa wi yul aziz" dan boleh dibaca maksudnya sahaja. Tq drop @ my fpages.
Wed 28-Jan-2009 03:12
Posted by:hah
terima kasih bagi info yang berguna , saya sekarng selalu amalkan, Tue 19-May-2009 12:14
Posted by:shah
saya ingin bertanya tentang doa pelembut hati tersebut,. Jika niat kita untuk melembutkan hati seseorang, adakah kita perlu meletakkan nama si fulan tersebut ke dlm doa kita? terima kasih. Thu 17-Sep-2009 04:09
Posted by:isha
askom... Fri 18-Sep-2009 03:41
Posted by:norlaila bt ibrahim
boleh tak contoh-contoh surah yg mudah dihafal... selepas kita baca zikir..perlu ke hembuskan ke ubun-ubun anak-anak.terima kasih... Wed 21-Oct-2009 09:03
Posted by:suhaida
tq, untuk doa2 yang telah diberi. Insyaallah akan saya amalkan demi membentuk sebuah keluarga yang penuh kasih sayang Fri 4-Dec-2009 16:45
Posted by:gmah
Saya terbaca article doa2 puan Terima kasih banyak2 atas ilmu yang saya perolehi dari puan .Moga2 ALLAH membalas jasa puan .Amin Mon 7-Dec-2009 17:22
Posted by:Abdullah
salam..saya ingin mengucapkan terima kasih atas kesudian puan berkongsi artikel ini. Sat 19-Dec-2009 12:42
Posted by:ieza
Salam... Sy ada amalkn bbrp ayat terakhir dlm surah al hasyr... Dan tiup kat ubun2 anak2... Tapi sy dapati anak sulong sy suka marah org pukul org mulut celupar dan kasar. Semua ni sgt2 membimbangkan sy. Ada antara sahabat disini yg boleh membantu sy... Sy ucapkan jutaan terima kasih... Tue 19-Jan-2010 03:43
Posted by:Akuhamba
terima kasih untuk petua dan doa yang diberi.. .insyaallah saya akan cuba praktikkan... . Tue 26-Jan-2010 08:18
Posted by:allena
salam bagaimana pla kalo suami pla untuk kita lmbutkan hatinya supaya
memikirkan tntang istri & pntingkan isteri dari segalanya??????dgn sbb ttentu
Wed 10-Mar-2010 07:39
Posted by:ma
salam terima kasih atas petua yang diberi insyallah saya akan amalkan pada anak2 yang sangat aktif . terim akasih. Tue 13-Apr-2010 05:12
Posted by:alosamer4691
terima kasih...
kebetulan pula sy sedang terkial kial mencari bagaimana nak melembutkan hati anak2 saya.
insya allah akan saya amalkan demi kebahagian hidup sekeluarga
Fri 16-Jul-2010 02:37
Posted by:mary
tme kasih...sdang usahakan utk ayah yg x mahu berhenti merokok n adik lelaki yg payah nk dgr ckp ibu... tme ksih byk2 Sun 1-Aug-2010 06:15
Posted by:shasha
Wed 11-Aug-2010 06:24
Posted by:HELL
trima kasih atas doa yang sudi dikongsi bersama.saya akan mencubanya.saya ingin berkongsi pengalaman menghidapi penyakit hypothyroidism.lima tahun saya berdoa minta amalan saya diterima,minta dosa saya diampunkan,alhamdulillah saya pulih jua dan dikurniakan anak kedua yang saya impikan.harapan saya,moga doa ini berserta usaha yang gigih,kita sama sama mendapat manfaatnya.sesungguhnya yang buruk itu adalah dari kita dan yang baik itu dari ALLAH jua.terima kasih. Sun 3-Oct-2010 11:44
Posted by:anna
Salam,baru2 nie sy diduga oleh allah...berat skali ujiannye..bila dpt tau suami sy melayan seorang janda anak 2..ada x doa2 utk mmbuatkan suami hy ingat pd anak2 dan isteri (niat tue hanya utk kebaikan kami skeluarga,bukan utk menundukkan dia).. Wed 27-Oct-2010 04:37
Posted by:reen
hidup nie penuh dgn cabaran dan dugaan...pd kita samada mampu terima atau tidak.. Fri 5-Nov-2010 07:56
Posted by:sinar
hidup mesti diteruskan.... Fri 5-Nov-2010 07:57
Posted by:rostam
sebagai manusia sentiasa nakkan kesempurnaan dlm kehidupan tapi sentiasa ada halangannya. Antaranya adalah kerenah anak2 benar2 mencabar
Sun 28-Nov-2010 03:20
Posted by:NOOR HAFISAH BINTI HASHIM
saya pun ada anak lelaki sedang meningkat remaja...sama la jugak masalahnya sukar mendengar kata dan suka melawan Sun 28-Nov-2010 03:22
Posted by:NOOR HAFISAH BINTI HASHIM
saya ingin melembut kan hati ibu sy...sy tidk penah dapat pergi kemana2 walaupun memberitahu ibu sy dahulu...tetapiibu sy memebalas dgn perkataan kasar dan marah xtentu pasal... sy ingin kn sedikit peluang kebebesan tok pergi ketempat dimana sy boley dpat ketenangn dan kegembiraan.. Mon 29-Nov-2010 05:58
Posted by:iema
salam,sy nak tanya doa suami yg leh lmbutkan ati suami dan suami x melawan cakap ibu die,sb die slalu bergaduh gan ibunya ..sy rsau sb ibunye slalu ank derhaka sy xnk benda tu
terjadi pd suami sy,sy sygkny...tlglah da bermcm sy usahakan
Fri 25-Feb-2011 13:42
Posted by:syazwani
tmpang tnye..boleh x amal doa nie untuk melembutkan hati orang yg membenci kat kita supaya orang tu x membenci kita lagi? Thu 7-Apr-2011 13:39
Posted by:nik
salam kenapa lama tak update blog yg sgt berguna ni? Mon 8-Aug-2011 17:33
Posted by:babyz
Wed 31-Aug-2011 11:52
Posted by:unnamed
salam... terima kasih dan sebaik mungkin akan mengamalkannya dalam memperbaiki peribadi anak-anak.. @ copy paragraph . Mon 24-Oct-2011 03:50
Posted by:zahir affi
bagaimana cara mengatasi suami mulut celupar
Mon 20-Feb-2012 07:57
Posted by:yanti
Salam,tq atas pengkongsiannya.. Skg ank sy bru umur 2thun lbh,kuar sgt melwn,mrh2,kuat sgt nanges,hrp2 doa d atas dpt melembutkn ank sy nie.. Thu 23-Feb-2012 07:26
Posted by:Ibubobong
Boleh ker kite gne doa melembutkan hati pd seseorg...bagaimana klu org yg ingin kte lembutkn hati tu berada jauh dr kte...adakah ia bkesan.. Thu 1-Mar-2012 09:07
Posted by:no name
Alhamdulliah....inshallah akan d amalkan selalu doa nie Fri 16-Mar-2012 21:39
Posted by:Saadiah ismail
Assalammualaikum.sy ingin betya bgaimana cara nk lembutkan hati isteri sy n caranya Mon 2-Apr-2012 02:06
Posted by:Azahariazahari
assalamualaikum, terima kasih kerana berkongsi amalan ini, saya ingin mengamalkannya utk anak saya Tue 3-Apr-2012 02:20
Posted by:fatimah
Assalamualaikum, terima kasih kerana berkongsi amalan ini, insyaallah akan diamalkan... Tue 17-Apr-2012 11:02
Posted by:Khairani


Add your comment
Name
Email (optional)
Register for updates Register for this Fotopage update (requires email)
Register for entry comments update (requires email)

More...
Link URL (optional)
verification Code
fill in the below number in the box





View complete fotopage


© Pidgin Technologies Ltd. 2008.

widgets01.bt.pidgintech.com