Want your
own Fotopage?



















 
~Ape saje kisah yg aku mau citer..Utk tatapan Anak2ku kelak~



By: Rostam n Sallehah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Monday, 23-Mar-2009 01:49 Email | Share | | Bookmark
Masa Lapang

Haluha...tedengg...! heheh ini adalah kek dah kali berapa entah aku cuba buat. Memang susah nak jadi pandai.... Pernah aku masak then aku buang semuanya...sebab x jadik lansung..ahahah. Tengok tu pembantu mama...tumpang sibuk sekali..'nak uwat..nak uwat..'. Tapi still comot2 lg kek cawan aku ni kan. Belaja lagi.

Pertunjukkan belon udara panas kat Putrajaya. Haiiihhhh ramai bebenor manusia nya. Cantikkk sangat pemandangan. Syahmi pun suka sangat...siap bersorak2 gitu.







Tips Galakkan anak melakukan kraftangan .Ia adalah hasil daripada kerahan otak kanan,oleh itu ajaklah anak anda bermain tanah liat,mewarna,melukis,gunting kertas ,origami dan sebagainya.Memanglah selepas itu terpaksa mengemas,tetapi banyak manfaatnya.

ya..betul ke syahmi sebut 'nak uwat'..'nak uwat'..ko mu reka cerita je?hahah..dib, mu jange bubuh garam..mu boh kicap..baru sedap.. Wed 25-Mar-2009 08:05
Posted by:che ma
che ma>>> acu u kira brapa bulan dah u tak jumpa syahmi...syahmi dah ble kecek las sikit...especeli kalu aku sebut...dia akan ikut balik. I ckp kat dia..'syahmi jgnla kacau mamma..mamma nak buat kek ni..'..dia pun sebut balik la 'nak uwat...'...ehehe.
>>>apa sponsor2. Masa i kawen dulu..tader org sponsor pun..ungkit! ahahaha.
>>>nanti u dtg la sini..bwk kete tranformer u tu..i like!..bila la i ble bli...
Wed 25-Mar-2009 09:08
Posted by:hah
yaa..haha..yeke,waa..syahmi da pandai ckp dah..tepon la tokmi soh kecek ngan tokmi tokayah..rindu la syahmi i tu..mesti dia dah tak kenal i..huhu..
>> kot nye u kawen masa i study gi..mane laa byk duit..nak pau duit biasiswa aku la tu..u jgn ungkit2..haaa..kangg..
>> nanti i bwk ye gi sana..kena ade org tunjuk jln ni...i tunggu soki dtg laa...hohoh
Wed 25-Mar-2009 12:41
Posted by:che ma
View all 8 comments Add comment


Wednesday, 18-Mar-2009 01:35 Email | Share | | Bookmark
Lagi-lagi Syahmi..

Dah lama tak update...malas lak mama syahmi ni. Aku heran kenapa tetiba aku nak update.. tetiba aku rasa malas nak layan pulak..adeh. Nak kata aku ada byk keje...xder la sgt..hurmmm..Agaknya otot2 tgn n otak aku ni beku utk 2 3 mggu ni...sebab cuaca sejuk dan hujan sekarang (bess!!!).
Ni ada beberapa photo syahmi yang baru... gambar last adalah gambar syahmi dengan kawan barunya. Eceli jiran sebelah umah baru pindah masuk..merangkap kawan hubbyku n x opismate dia...aku pun penah duk satu opis ngan jiran baru aku ni. Tak sangka lak dia berminat beli umah sebelah umah kami...kekeke. Tgk syahmi tu...nak kawan..tapi pagar dawai hijau memisahkan diorang..agaknya camana la anak aku ni nak kawan kalau wat pagar simen...uhuhu sian.
Mula bulan februari aritu, aku dan jiran aku 'car pool' ke opis. Waaahh time giliran dia yg drive...aku rasa cam bos je aku ni..ada driver gitu. Tapi makcik ni penah tertinggal aku kat opis. Sib baik pertengahan jalan..dia ingat kat aku. Haiiihss mcm2!





Rehat sejenak - Mainan Percuma yang Menyeronokkan
Bila tengok gambar kawan fp, seronok pulak tengok si kecilnya bermain-main dengan kotak. Untuk pengetahuan semua, kotak boleh anda jadikan mainan anak anda, tanpa anda berbelanja lebih. Ini adalah permainan yang tidak jemu. Mereka boleh menganggap kotak adalah keretanya, rumahnya, atau istananya! Malah ia dapat merangsang kreativiti mereka.

syahmii dah besar la...bila nak jumpa syahmi ni..ajak mama dtg kuantan yeee Thu 19-Mar-2009 00:53
Posted by:che ma
ya..sian syahmi sorang2..dia nak adik baru tu..hahahah.. Thu 19-Mar-2009 00:56
Posted by:che ma
Add comment


Sunday, 1-Mar-2009 01:56 Email | Share | | Bookmark
Hantar Kak Mida & Yanie/Due/Ain


Second time berkelah dipinggir landasan LCCT...kali ni siap bawa bekal..keke.


Yanie dan Ain ke Netherland


Kak Mida balik indonesia. 25/4/2007 hingga 28/2/2009

Tips: Boleh Jadikan Anak Bijak dan Kreatif
Ibu bapa kreatif biasanya mempunyai anak yang bijak berfikir. Kreativiti ibu bapa boleh mengalir ke dalam anak jika dipupuk sejak kecil. Namun yang lebih penting, ia boleh dijadikan bahan mengajar berkesan dan menyeronokkan, sama ada dalam bidang sains, matematik atau pemikiran logik. Membuat layang-layang contohnya, perlukan keseimbangan antara kedua-dua belah kepak supaya ia boleh ‘terbang melayang’ apabila ditiup angin. Jadi di sini kita sebenarnya menerapkan konsep sains iaitu untuk keseimbangan. Begitu juga dengan sampan kertas. Ia akan tenggelam jika ada kebocoran yang menyebabkan keseimbangan berubah. Permainan batu seremban (yang kini dibuat dalam uncang kecil berisi kacang hijau) juga boleh dijadikan alat untuk merangsang otak kanak-kanak berfikir. Selain mengira, kanak-kanak perlu membuat pilihan bijak untuk mengambil batu dalam susunan 1, 2 dan 3 supaya ketika batu diambil, jari tidak terkena batu lain. Corak pendidikan tidak langsung dan menyeronokkan ini sepatutnya diterapkan ibu bapa ketika bersama anak supaya masa diluangkan itu menjadi lebih berkualiti.


Dapatkan produk dari Permatahijrah (produk2 kesihatan mata) dan produk Alphalipid.

Untuk keterangan lanjut layari:

http://mrmy-hah.blog.friendster.com/2009/03/produk-permata-hijrah/

http://mrmy-hah.blog.friendster.com/2009/03/alphalipid/
Thu 12-Mar-2009 04:16
Posted by:hah salehahw@jpa.gov.my  - [Link]
amboii...boiii...siap bkelah2 gitu...ingat lak dolu2 kalu org g mekah siap bkelah kat tabung aji ek...heeeeeeeeeee~
idea yg baik 2 bukan snang nak bkelah sambil ngk flight....
Mon 16-Mar-2009 00:41
Posted by:mie2 mimiemuslim@gmail.com  - [Link]
mie>>haha...itule klau nk hantar org p haji..fuhh siap bkelah bentang tikar lg. Tp ramai tau yg berkelah kat pinggir lcct tu...leh nuha n naqia tgk flight mendarat dlm jarak dekat.. Wed 18-Mar-2009 03:03
Posted by:hah salehahw@jpa.gov.my  - [Link]
View all 4 comments Add comment


Monday, 16-Feb-2009 01:25 Email | Share | | Bookmark
Kelah Kapkek

Semalam aku konon-konon nak buat suprise kat cik abg aku. Sempena merealisasikan hasrat dan mengisi masa lapang aku...aku cuba-cuba la nak belajar masak...heheh. Jadi nya benda pertama aku belajar adalah buat kek cawan..erkk cupcake lah. Entah dari mana ci abg ku tahu aku nak pergi belajar masak...aku rasa bagitahu my mum je..cik abgku ni mesti curi-curi baca email aku ni..ooo tak de kerja ka!...haha. Survey punya survey..aku pun decide nak ambil kelas dengan Kak Lea...suka sangat kak lea nih..ajar aku satu-satu...dari A sampai Z...dia pun baik sangat...rasa berbaloi sangat kelasnya...siap ada sarapan dan makan tengahari.

Link Kak Mazlia : http://mazlia.fotopages.com dan http://lea-oven.blogspot.com


Inilah hasilnya..comot...hadiah untuk cik abangku... (terbalik lak aku snap gmbr2 nih..)



Petang..pergi main bowling dengan kawan-kawan lak..(abu n famili, fadlan, montek n wife, Jas dan Man). Main bowling sampai aku pening, sakit perut dan muntah...adeh.


Tips : Nama
Memberi nama-nama Islam dgn makna-makna tertentu kepada anak-anak adalah satu amalan yg baik. Pilih nama yangg bersesuaian dgn kemampuan untuk mendidik agar tidak menjadi bebanan kepada pemilik nama tersebut. Janganlah memberi nama kerana maknanya elok dan sedap memanggilnya saja. Lagipun setiap nama tu kan satu doa. Kalau tak elok maknanya, bimbang nanti melekat pula pada jiwa bila sudah diseru, dipanggil setiap hari. Ibubapa juga digalakkan memanggil nama timangan anak juga adalah nama yang mempunyai makna. Ingat tu.


Hi dear, kite add blog sallehah dlm blog kita Wed 25-Feb-2009 01:04
Posted by:seyber  - [Link]
seyber>>>okeh seyber.. lama menghilang! Tue 3-Mar-2009 02:37
Posted by:hah salehahw@jpa.gov.my
lydzar>>>heheh...kite main boling pun ayik longkang jew...
alaaa melepas la sweater tu...
Wed 4-Mar-2009 09:28
Posted by:hah salehahw@jpa.gov.my
View all 10 comments Add comment


Friday, 13-Feb-2009 01:41 Email | Share | | Bookmark
To my beloved hubby

This entry is dedicate to my beloved hubby, Mohd Rostam Bin Mohamed Yusoff because today is his 29th Besday! Alhamdulillah ya. Happy Birthday abg!!!! May your dreams and whishes will be fullfill and we will be as husband and wife until my last breath. Love you soooo muuuccchhh, deep Inside my Heart!



salam perkenalan...hepy bday 2 enche rostam.
banyak tips+petua kat sini ek.keep it up+tq coz byk manafaatnye.
feel free 2 link to my fp keh...
Fri 13-Feb-2009 06:45
Posted by:mie2khalish mimiemuslim@gmail.com  - [Link]
jom kite window shopping... menarik ni.. semua ada! Sat 14-Feb-2009 17:33
Posted by:morning_glory  - [Link]
Happy belated besday to abg tamm..moga bahagia bersama keluarga tersayang ke akhir hayat..nak hadiahh..heheh Sun 15-Feb-2009 14:58
Posted by:che ma
View all 5 comments Add comment


Thursday, 5-Feb-2009 15:47 Email | Share | | Bookmark
Kawan Bermain

Mungkin memang sudah sifatnya tak boleh tiada permainan...syahmi kerap mengusik tok mami dan tok ayahnya...menepuk, mencubit pipi, gigit, main perut tok ayah dan macam-macam lagi..uhuk. Pada sebelah petangnya...aku carikan syahmi kawan bermain.






Tips: Sambil Pakai Baju, Sambil Belajar
Anda boleh mengajar anak anda tentang warna dan konsep matematik ketika memakaikannya baju.
Minta anak anda pilih baju yang hendak dipakainya pada hari itu. Sambil itu, tanya: Apa warna baju Syahmi? Ya, pink. Cuba tunjuk, apa lagi yang pink dalam bilik ini?
Apabila anak menghampiri umur tiga tahun, ajarkan juga paten pada baju mereka - seperti belang, warna, bentuk atau gambar: Wah! Baju Syahmi ada belang merah dan kuning. Atau, Baju ni ada gambar hati lah, baaanyak! Mari kita kira!




yuhu Fri 6-Feb-2009 00:35
Posted by:che bah
wahh..syahmi ku comeyy...hehe..usik tok ayah ngan tok mi yee...rajin2 la balik kg jengok tok mi ngan tok ayah ye.. Sat 14-Feb-2009 11:35
Posted by:che ma
Add comment


Tuesday, 3-Feb-2009 15:50 Email | Share | | Bookmark
Yang Sedih dan Gembira

Assalamualaikum. Rasanya sudah cukup 4 hari aku berada di kampung. Dalam satu hari rasanya berkali-kali aku on off pc dan juga internet...membaca dan melihat isi-isi hasil teknologi sekarang. Hai tidak cukup di ofis sahaja ke aku ni mengadap pc dan internet? hehe inilah pengisian masa terluang aku. Itulah sebabnya aku berat hati nak pasang internet di rumah sendiri..nanti lain pula jadinya. Apapun ini adalah waktu gembira aku..boleh berehat dan buat apa sahaja yang aku mahu. Jam 10 mlm tadi aku dan syahmi menghantar abah syahmi ke bandar machang..naik bas balik ke putrajaya..sayang nak ambil cuti rehat yang memang dah sedikit tu..jumaat ni abah syahmi balik ke sini balik.

Banyak cerita yang aku nak kongsikan bersama..yang gembira dan yang sedih, tapi biarlah...biarlah cerita gembira mengubat cerita sedih kami. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan kita..susah senang, sakit sihat dan hidup mati adalah semua perhitunganNya. Kita hanya mampu berdoa agar semuanya dipermudahkanNya. Berat mata yang melihat..berat lagi penderitaan orang yang menanggungnya.

Semalam aku baru balik ke Machang, hari ni..pagi-pagi lagi tok mami dan tok ayah ke kebun menyambung projek baru mereka..tanam pokok getah..rajin! getah murah pun masih tanam pokok getah..hehe. Aku, syahmi dan abah syahmi ke bandar machang melihat kedai maklong syahmi..makin berkembang. Pertama yang gembira, kami jalan-jalan ke kedai-kedai sekitar bandar machang melihat apa yang ada..memperkenalkan kepada hubby ku bandar machang yang nampaknya lebih pesat dari bandar pasir mas..bandar yang tersusun dan bersih...hehe. Sejak kami kawen rasanya baru yang kedua kali kami jalan-jalan ke bandar machang.

Mee celup! itulah yan kami beli pagi tu. Sejak kawen juga lah aku baru kenal dengan makanan ni..kata hubby ku sedap!... bagi aku biasa sahaja. Makanan aku yang selalu aku cari bila balik kelate adalah 'pulut pagi'..walaupun suka aku tak pernah buat sendiri..hee.

Semasa menunggu bas tadi..aku dan hubby 'terkekek' gelak dengan sebuah kedai makan ni..namanya berbunyi begini "BURGER MECDE PIZZA HIR" gambar bersama tulisannya betul-betul sama dengan gambar burger MCDonald dan Pizza Hut...cuma ejaan je lain...adeh kreatif sungguh. Maklong cakap kedai tu dah lama dah ada di situ..tapi kami baru perasan..heheh.

Miss you Mohd Rostam!








Petua :Usia 2 Tahun, Mengamuk, Panas Baran
Kanak -kanak pada usia dua tahun memang sering menunjukkan sikap ' panas baran ' jika kemahuannya tidak diturutkan. Pada usia semuda ini, dia hanya mementingkan diri sendiri. Perasaan orang lain tidak dihiraukannya. kanak -kanak yang sebegini sering dipujuk makan minum atau tidur, dia selalu berdalih. Dia sering mengatakan ' tak mahu ' atau menggeleng -gelengkan kepala. Tabiat ini adalah normal. Ibu bapa tidak perlu membuang banyak masa memujuk rayu anak mereka tidak akan berjaya. Seelok -eloknya, turutkan sahaja kemahuannya. Tetapi, jika kemahuannya itu tidak wajar, tidak perlulah dilayani. Kanak -kanak ini akan tahu bahawa menunjukkan sikap panas baran tidak akan membawa faedah. Disamping memberi pendidikan dan nasihat, pemikirannya akan cepat matang. Tabiat panas barannya akan beransur -ansur hilang dan dia akan lebih tahu mengunakan bahasa untuk menyatakan kehendaknya. - Tabiat di Kalangan Kanak-kanak, Hamidarsyat.com


che a wehhhhh u ni kan kakak i... u kene beli kat adik u dulu baru betul.. dah la i tak penah tau u suka singgah kat kedai tu... pastu u tak gtau pun u beli pulut tu.... kakak borek adik rintik la... haha

che ma... u mmg jeles kalau i menyendeng ngn mami.. u ni tau makan ja.. masak kat i u lupa.
Thu 5-Feb-2009 17:00
Posted by:che bah
che a wehhhhh u ni kan kakak i... u kene beli kat adik u dulu baru betul.. dah la i tak penah tau u suka singgah kat kedai tu... pastu u tak gtau pun u beli pulut tu.... kakak borek adik rintik la... haha

che ma... u mmg jeles kalau i menyendeng ngn mami.. u ni tau makan ja.. masak kat i u lupa.
Fri 6-Feb-2009 00:36
Posted by:che bah
edeh Sun 8-Feb-2009 01:32
Posted by:hah
View all 6 comments Add comment


Sunday, 25-Jan-2009 02:56 Email | Share | | Bookmark
Melawat Bandaraya Bersejarah

Model-model mama
Zoo Melaka
hai
View all 44 photos...
Ramai yang bercuti balik kampung sempena CNY kali ni...tapi kami sekeluarga tidak..kami pergi ke Melaka..jalan-jalan habiskan duit..heheh. Hari ini aku tak ada mood nak buat kerja. Next week baru kami pulang ke Kelantan selama seminggu..rindunya kat kampung..uhuuu. Kami rancang pertengahan bulan 3 balik Kelantan..tapi bibik untuk ma sampai awal pulak. Oklah tu bolehlah bibik tu belajar apa yang patut ngan maid ma yang dah sedia ada. Harap-harap perkara seperti 2 tahun lepas tak berulang...selepas seminggu bawa balik kampung..maid minta nak balik...memilih tak nak keje jaga orang tua pula...adeh...terpaksalah cari maid lain.

Ohooooho balik kampunggg...ngeh2.







Tips : Latih anak guna tandas
Bilakah masa yang sesuai untuk anak belajar pengurusan tandas? Kesediaan anak itu boleh dilihat menerusi beberapa petanda ringkas:
#1 Kekal kering selama beberapa jam setiap hari.
#2 Menunjukkan minat apabila anda, pasangan atau adik-beradik yang lain ke tandas.
#3 Mengalami sakit perut secara kerap pada bila-bila masa misalnya selepas bersarapan.
#4 Menunjukkan petanda ingin ke atas apabila anak mencangkung atau menghasilkan bunyi yang tidak enak.
#5 Memberi isyarat bahawa lampinnya sudah basah.


che ma tu salma bt salleh....org glamor pong tak kenal.. Wed 4-Feb-2009 13:41
Posted by:che ma
ya..nape dera syahmi tuu..heheh..comey la syahmi i tuu Thu 5-Feb-2009 14:55
Posted by:che ma
che ma>>> syahmi tgh mhirup udara segar tu...u xtau lagi ke anak i mmg comel..ahahha. Syahmi tak sabar tunggu present dari u. hehe tq. Syahmi ckp..nanti bday dia..kasik yg mahal2 sket..haha. Thu 5-Feb-2009 15:01
Posted by:hah
View all 7 comments Add comment


Monday, 19-Jan-2009 03:45 Email | Share | | Bookmark
Gathering

Gathering Tahun Baru
menu : nasi goreng, spagetty, bbq, colek buah dll
lokasi : bayu courtyard home, serdang (rumah aku)
ahli : dol, anah, ha n famili, ja ayie & amer, ani ezwan & safiyyah, honey, maya, suki, wea, fairus, done n famili, suya, dik bah n dik qi..(geng2 pantai timur).

alhamdulillah selesai jua..walaupun ramai juga yang tak dapat hadir. Namun gathering kali ni tetap berjalan dengan lancar walaupun cik abangku kurang sihat pada hari tu. Kepada yonne..congrate dengan kehadiran baby gurl..semoga kehidupan korang bertambah serinya.

Ramai yang tanya bila nak buat housewarming? tak tau nak buat bila. Belum ada masa yang sesuai. Atau kami tak buat kot. Setakat ni doa selamat dan solat hajat..kami telah adakan dikalangan keluarga sahaja. Awal januari lalu, cik abang ada panggil kawan2 dia ke rumah dan khamis lalu si didi, tini, sue, mag dan iza dtg melawat rumahku...tapi tak amik gambar pun...so tader apa yang nak di upload. Apapun tq krn datang ya.

more photos http://www.flickr.com/photos/whemmayend - tak sempat nak upload semua.







Definisi Migrain - sakit kepala paling kerap dialami seseorang. Antara simptom migrain ialah sakit kepala yang berdenyut-denyut, muntah-muntah dan pitam. Bagaimanapun, migrain tidak mendedahkan seseorang kepada maut kerana keadaan yang dialami masih mampu dirawat dengan sempurna dan boleh dielakkan. Faktor keturunan turut menjadi punca migrain di kalangan individu tetapi penyakit ini boleh dicegah dengan mengelakkan faktor penyebabnya.

cantek lar umah syahmi..sure dia seronok dok umah baru...mama ada buatkan syahmi bilik sendiri tak? soh mama belikan katil bentuk kereta yeh Mon 26-Jan-2009 11:23
Posted by:lydzar  - [Link]
ooo...wak make2 xajok kawe. dakpe2.
wah...lawa umah.
Wed 28-Jan-2009 16:05
Posted by:tom
tom>>>edeh tombol. Tom mai kl jepot la ke umoh...bowok ore umoh skali deh. Thu 29-Jan-2009 07:32
Posted by:hah
View all 6 comments Add comment


Wednesday, 14-Jan-2009 07:11 Email | Share | | Bookmark
Hitam Putih




8 Tips Membantu Anak Bertutur
#1 Berbual
Salah satu cara yang baik untuk membantu mengembangkan pertuturannya ialah bercakap tentang aktiviti yang anda lakukan setiap hari. Contohnya anda sedang memasak, menukar bajunya atau menukar lampin. Beritahu kenapa anda lakukan kepadanya.
#2 Beri peluang bertindak balas
Perbualan melibatkan suatu proses dua hala. Oleh itu, beri peluang kepada bayi untuk bertindak balas dengan percakapan anda. Ingatlah tunggu sekejap dan tunggu 'jawapannya' apabila anda bercakap dengannya.
#3 Ringkaskan ayat
Apabila bercakap dengannya gunakan ayat yang ringkas dan jangan bercakap terlalu cepat. Bayi memerlukan masa untuk memahami apa yang anda katakan. Elakkan bercakap terlalu cepat kerana akan menyebabkan bayi terlepas apa yang anda sebutkan.
#4 Konsisten
Menggunakan perkataan yang serupa bagi objek yang sama perlu dilakukan secara konsisten supaya bayi tidak keliru. Contohnya menggunakan perkataan "gelas" pada satu hari dan "cawan" pada hari yang lain akan mengelirukannya.
#5 Bantu bayi mendengar
Latih bayi anda untuk mendengar apa yang anda ucapkan. Bayi akan mendengar lebih baik jika perhatiannya tidak dialihkan. Elakkan sebarang gangguan bunyi bising ketika anda berbual dengannya.
#6 Penuh minat
Apabila anda mendapati bayi anda melihat sesuatu objek dengan penuh minat atau mula menunjuk-nunjuk sesuatu objek yang berada berhampirannya, beritahu bayi anda nama objek itu. Ketika ini, bayi mudah tertarik dengan banyak objek harian yang 'rapat' dengannya seperti kereta, kucing dan sebagainya.
#7 Ungkapan betul
Sekiranya bayi mengucapkan bunyi seperti "ya-ya" untuk air atau "mam" untuk makan, tingkatkan keyakinannya dengan menyebut perkataan yang betul seperti pertanyaan, "Sayang hendak minum air?" atau "Sayang hendak makan?" Ini kerana untuk menunjukkan bahawa anda tahu apa yang diucapkannya. Dengan ini secara beransur-ansur bayi akan belajar sebutan yang betul.
#8 Masa untuk bermain bersama
Ba ba cak, bertepuk tangan dan lagu aksi sangat menyeronokkan bayi anda. Ketika ini bayi suka menjangka apa yang akan berlaku seterusnya ketika bermain bersama anda. Dengan pengulangan ini membantunya mempelajari perkataan baru.


comelnye anak akak..huhu geram sy tgk..huhu..dah lama x singgah blog akak..hehe apa kabar?nti singgahla umah ktrg kat kerteh..hehe Sat 17-Jan-2009 04:11
Posted by:permatahati  - [Link]
lyana@permatahati>>>thanks drp @ my fp. Comel? tq. Sihak saja. Adehhh jauhnya kertehh...bilala nak lalu situh..huhu. Mon 19-Jan-2009 06:59
Posted by:hah
Add comment


[<<  <  1  2  3  [4]  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.