~Ape saje kisah yg aku mau citer..Utk tatapan Anak2ku kelak~



By: Rostam n Sallehah

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 10-Feb-2011 06:43 Email | Share | | Bookmark
Noktah Di Sini



Wednesday, 2-Feb-2011 02:05 Email | Share | | Bookmark
Stok Beku Januari 2011

Meh mama tunjuk stok susu Rakin sekarang. To Rakin...ini adalah stok susu Rakin sehingga hari ini. Walaupun kita pernah mengalami peristiwa yg sadis sehinggakan susu Rakin 30++ dibuang begitu sahaja..alhamdulillah nampaknya rezeki Rakin sentiasa ada dan dipermudahkan. Apapun Rakin x banyak minum susu kat nursery sekarang. Mama hanya bekalkan Rakin 7 oz susu kat Rakin sehari, kadang-kadang habis kadang-kadang tak. Perubahan bulan agaknya. Mama sayang kamo..





Tuesday, 18-Jan-2011 02:49 Email | Share | | Bookmark
1st Day @ My Little Caliphs Nur Iman

Alhamdulillah, syahmi akhirnya ke sekolah seperti yang dia mintak. Kami sebenarnya memang tak bercadang nak menghantar syahmi ke sekolah pada tahun ni. Apa yang kami plan, bila umurnya 5 yrs baru hantar syahmi ke sekolah. Tapi bila tengok semangat syahmi yang sungguh beria nak ke sekolah belajar, kami terpaksa akur.

So mama tanyalah mr google..kot2 dia tahu kat mana kinder2 yg bagus dan menepati apa yang mama nak. 2 buah kindergarden kat area umah mama mmg dah blacklist coz mama tak suka cara owner nya manage diorg punya kindergarden..so kami lansung tak berminat nak pergi usha2 pun kat situ.

Mama cuba cari kinder yang area serdang, bangi dan putrajaya. Ada dua kindergarden yang mama rasa bagus iaitu Genius Aulad dan My little Calips, biasalah kalau last2 minute baru cari ni..byk sekolah2 yang dah tutup pendaftaran sebab dah penuh. Yang masih terima stud hanya Genius Aulad kat Bangi…aiyyoh susah gak tu sebab kalau kat bangi, sah2 la mama kena hantar. Dan lokasinya melencong dari arah mama ke opis. Nak bangun pagi kul berapa tu nak kena hantar anakku? So mama pujuk lah syahmi, cakap dia masih kecil..hanya org besar je ke sekolah dan mcm2 alasan lglah. Akhirnya mungkin rezeki kami, pn. Wafa dari mylittle caliphs nur iman call balik mama, cakap ada 2 students 4 yrs keluar…so adalah tempat utk syahmi.

Minggu ni berubahlah rutin kami sekeluarga, semalam mama bercuti sebab banyak urusan nak dibereskan disebabkan syahmi tak sabar2 ke sekolah barunya. Baju dan seluar skolah syahmi belum oter lagi..huhu. Buku, alat tulis dll dah disediakan. Hari pertama, jam 6.30 dah kejutkan syahmi, mandikan dan pakaikan uniform..waaahh sungguh semangat kalau tengok riak wajahnya…haha. Bila sampai ke skol, biasalah berdramalah sekejap hehe. Kami ambil package daycare dr pagi sampai kul 530 ptg.

Bila mama p ambil syahmi, huhu dari dalam kelas duk jerit kat mama… ‘Mamaa…best sekolah siniii’. Haha alhamdulillah. Second day…siap berlari2 lagi salam dan masuk sekolah.

Semoga syahmi menjadi insan yang berilmu dunia dan akhirat. Selamat belajar!








Friday, 14-Jan-2011 05:56 Email | Share | | Bookmark
Mama..

'Mama..Bila Mama nak hantar Syahmi sekolah belajar..?
'Mama..bestkan pegi sekolah blaja abc?'
'Mama...syami kecik lagi ek? Tak boleh sekolah besar lg ek?'
'Mama...syami nak skolah mcm Nuryn...'
'Mama..tgk2..syami dah besarlah..tgk kaki syami dah pjg'
'Mama..syami nak g sekolah mcm Nuryn..ada baju sekolah'
'Mama..baju sekolah nuryn warna orange..mcm ni..'
'Mama...syami nak bangun pg2..mandi..pakai baju sekolah..pakai stoking..pakai kasut..naik bas sekolah'
'Mama..kenapa mama tak bg syami sekolah besar?..syami kecik mcm adik lg ke?'
'Mama..syami nak ke sekolah belaja abc, alif ba ta, nyanyo(nyanyi), nak tulis2..nak baca citer'
'Syami nak p sekolah besar ke sekolah kecik ni?'



Mama dah tak tahu nak bagi alasan apa...Syahmi dah semangat nak bersekolah.


Wednesday, 5-Jan-2011 06:42 Email | Share | | Bookmark
Nama Rakin Syahid


Kenapa Rakin?

Masa nak pilih nama baby dulu adalah yang paling susah. Bila aku suka nama ni, abg tak suka. Bila abg suka nama tu, aku pula tak suka. Mula-mula sekali aku senaraikan nama yang aku suka..macam2 nama yang aku senaraikan dan emailkan pada abg. Bila balik rumah kami diskas..aku tanya dia yang mana ok. Abg tau ajelah suka nyakat aku...tak sukalah! haaa Ana Alfatunnisa (tak tau betul ke tak ejaan). Helooo cik abg...anak kita 'boy'!. Jangan ngada2 ya!. Kemaruk nak anak perempuan sampai ke sudah. Haha. Macam biasa akan ada edisi rajuk merajuk sebab abg suka sangat sebut nama ngarut-ngarut...'nama sape tu? Makwe lame ek?' 'Saya suka sangat nama Rakin. Abg cari nama kedua'. Haha nama Rakin mama yang pilih...Yang diHormati maknanya. Aku memang tak letak Muhammad kat depan..sebab nama akan jadi panjang. Bagi aku anak-anakku memang Muhammad dan memang umat Nabi Muhammad saw. Kadang2 aku panggil nama anak2 aku Muhammad bla bla. So itu default!

Kenapa Syahid?

Sebab abg yang suka nama tu. Maksud Syahid adalah mati syahid. Salah satu sebab adalah gabungan Rakin Syahid yang paling ok dan gabungan maknanya yang paling ngam. Sebenarnya aku suruh abg tanya tok ayah betul tak ejaan S Y A H I D..atau SYAAHID..tapi abgku pergi tanya internet..berat mulut nak tanya tok ayah..haha. Makna Syaahid adalah Yang menyaksikan.

Apa yang penting maksud nama anak tu baik-baik. Dengan harapan orangnya baik seperti nama yang diberi. InsyaAllah.

Gambar masa pergi Bagan Lalang






[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2016

ns4008464.ip-198-27-69.net